RSS

Sepi sekeping hati

Bila tak mampu bersuara lagi, ke mana hendak dicurahkan rasa hati. Bila waktu sangat mencemburui, ke mana hendak diadukan nasib ini. Kepenatan, kerisauan, kemarahan, kesakitan malah kegembiraan yang tidak dapat dikongsi bersama. Kepada siapa untuk dicagarkan segala rasa. Pada ketika ini, hanya Tuhan tempat mengadu semoga hati ini tabah selalu.

Hati ini seakan ingin menjerit. Tiada kawan lawan bicara, tiada lagi hari hari yang ceria. Mungkin luaran kelihatan bersahaja, tapi di hati bergelora menunggu karam di lautan duka.

Aku bukan minta emas permata, dan aku sangat mengerti kasih sayang yang diberi tiada nilainya. Aku minta pengertian sebuah perkongsian. Bila suara hati terbiar sepi, hanya berlegar legar di sudut hati. Bila aku terpaksa berjuang dengan sesuatu yang kaku, aku sedar, aku sudah kalah sebelum memasuki gelanggang.

Apakah aku perlu berundur, sedang hati luluh meruntun. Aku..... yang selalunya kuat kini lemah, kerana dulu aku seorang, tapi kini di saat kebergantungan kepadanya kelihatan goyah.... apakah yang harus aku lakukan.....

Kelemahan yang nyata, apakah aku yang bersalah???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HAPPY BIRTHDAY HUBBY

05 november 2010
"HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO HUBBY
HAPPY BIRTHDAY TO YOU"

Kepada suamiku yang tercinta.... Muhammad Tarmizi, selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-29 tahun. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki yang diberkati, dikurniakan kesihatan yang baik, semoga kerjaya berjalan lancar, dilindungi Allah walau di mana berada dan semoga kasih sayang kita akan kekal abadi selama-lamanya.

Selamat Hari Lahir hubby, I Love You So Much....

FOR THE REST OF MY LIFE

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my 'HUSBAND' and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself feel so strong
Everything changed when you came along


Hubby, kasih sayang ini hanya untuk hubby... Semoga kita punya umur yang panjang untuk terus menikmati manisnya kehidupan ini....

Have a wonderful and cheerful birthday from your beloved wife and son;

Nurulaini Abdullah

Muhammad Fahim Muhammad Tarmizi


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu ketiga Ramadan 2010

Minggu ketiga Ramadan berjalan seperti biasa. Cuma sedikit perubahan dalam hidup aku, aku jadi pengasuh baby baru lahir. Baby tu lahir pramatang, 8 bulan dh nak lahir. Badan dia kecik jek, memula tak confident jugak nak jaga tapi bila dh jaga ok jek. Apa yang tak ok nya, bila fahim mengaruk baby pn terjaga tak boleh nk tido. Bila baby plak nangis, fahim plak tak boleh tdo. So, aku mengalami sedikit konflik di situ. Baby tu nama dia Abdullah Ali Mujahid, panjang kan nama dia. Panggil Mujahid. Mujahid senang tido sebenarnya, dan kalau tido mesti lama. Nak ikutkan, memang senang jaga la. Disebabkan ada fahim yang suka buat perangai ni, Mujahid tak selesa agaknya..

Akhirnya, aku membuat keputusan suh mak dia cari pengasuh lain. Bukan taknak tolong jaga, cuma mungkin aku kurang ilmu menangani kerenah anak ramai ni... huhuhuhuhuhu.... Abah dia kalau boleh nak juga aku jaga... emmm tengoklah kalau anak dia serasi kat rumah pengasuh lain, selamat la aku. Nak dengar baby kecik nangis2 ni.... rasa sedikit tertekan. Lain la anak sendiri, huhuhuhuhu....

Ok la kite tinggalkan citer pengasuh tu. Area rumah aku ni ramai dah pasang lampu lip lap lip lap.. Siap pasang pelita, main bunga api, mercun.... emmm seronok nya mereka. Kami dh siap pasang grill rumah. Kos rm950... abis duit nk buat raya. HUhuhuhuhu... sudahnya loan kete bayar separuh jek. Bank kata ok je, cuma surat warning still hantar ke rumah...

Hari ni hubby standby operasi raya 24jam... siap jenjalan spot check kat balai Labis. Singgah rumah, mak bekalkan kurma ayam ngan burgerdel... perghh lazat. Kurma ayam tu sama macam yang aku masak hari tu. Cuma mak punya lagi lazat sebab ada kerisik. Belum sampai kampung lagi dah merasa makan masakan emak. Alhamdulillah, rezeki Ramadan....

Esok, hari yang dinanti pun tiba jua. Kami akan pulang bercuti di kampung. Balik Labis dulu berbuka puasa dan bersahur sebelum balik Kelantan. Tahun ni giliran raya pertama di Kelantan, dah dua tahun raya kat Johor je. HUHUuhuhuu.... sedih ni. First time tak dapat sambut raya ngan family. Tapi takpe, raya keempat nanti kat Johor, family along pun ada sama. Lagi best....dapat raya ngan adam n harris. Mesti happening giler

Muhammad Fahim dah mula bertatih... Dia suka jenjalan kat kerusi ngan meja tv... jalan pelan pelan menyusur meja dan terus ke dinding menuju ke pintu bilik. Rasa happy sangat tengok perkembangan dia yang baik. Paling tak best, bila dia dah penat sangat malam malam dia kuat meragam. Menangis meraung raung tak tentu pasal. Letihnya nak handle, kadang kadang taktau nak buat macam mana lagi. Banyak banyak bersabar jelaa... Itulah dia Muhammad Fahim kesayangan mama...

Agak-agaknya balik Labis esok sempat tak nak buat biskut sarang semut? Emmm... kek? InsyaAllah kalau ada kelapangan mungkin aku akan buat.

Semoga perjalanan kami pulang ke kampung selamat, dipermudahkan, dilindungi dan diredhai Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf zahir dan batin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadan dan Syawal

Sudah dua minggu ramadan berlalu. Macam macam perkara berlaku, yang tak terduga pun berlaku juga. Selepas ini, perlu lebih berhati-hati. Muhammad Fahim pun dh semakin membesar. Dah 10 bulan 2 minggu. Dah mula belajar bertatih... Seronok sangat bila dia dh pandai nk berdiri. Bangun duduk bangun duduk, itulah kejenya. Semakin hari semakin lasak, semakin banyak benda baru yang dia buat. Kadang kadang fikir, tak penat ke dia.... Emmmm.... kalau dia meragam aje sepanjang hari, sampai ke waktu tidur malam, tu tandanya dia penat la tu....

Lagi dua minggu nak berhari raya. Hari ni orang keje kerajaan dah dapat gaji. Yang tak bestnya, tahun ni masih tak dapat bonus. Sedang mengira ngira bajet hari raya. Time ni la baru nak pasang grill..... Kenapa dari hari tu tak pasang? Sebabnya, br pindah macam2 nk kena buat kan... Pelan pelan laaa.....

Hujung minggu ni nak gi shopping baju raya kami sekeluarga. Membeli sekadar yang termampu aje. Yang penting dapat berhari raya. Baju tahun lepas pun masih boleh pakai lagi kan... Dah jadi isteri dan ibu ni, tumpuan lebih kepada suami dan anak. Begitulah seadanya.....

Muhammad fahim, baju dia banyak dah sempit. Kami memang jarang beli baju untuk dia banyak2 sebab dia ni cepat membesar, mengelak pembaziran... tak sangka pulak, time ni la sume baju kelihatan dah sempit. Baju pakai hari-hari pun dah sempit... Lepas ni kalau nak membeli, kena beli saiz satu tahun.

Apapun, kami dah cukup gembira sebab tahun ni dapat berpuasa bersama sebagai sebuah keluarga. Permulaan yang sangat baik, dapat memasak untuk berbuka dan bersahur dan dapat bershopping raya sama2. Semoga kegembiraan ini akan terus menjadi milik kami sekeluarga.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bulan Ramadan 2010

Sekejap aje masa berlalu, hari ni dah seminggu berpuasa. Alhamdulillah, aku masih diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa kali ni. Cuma masih belum berkesempatan untuk solat tarawikh. Semoga ada hari hari dalam 30 hari ni yang membolehkan aku solat tarawikh. Ameen.....

Bulan Ramadan ni, yang seronoknya time pilih juadah waktu berbuka kat pasar ramadan. Ada macam2 jenis lauk, menu, kuih muih, air, ayam golek ayam bakar ayam madu dan lain lain..... Masa tu, rasa semuanya sedap belaka. Tapi, sejak jadi surirumah yang selalu gak masak sendiri di rumah, lauk pauk kat kedai dirasakan semuanya tak berapa sedap. Hehehehhe, rasa kalau masak sendiri lagi sedap dan puas hati. Selalu pesan kat suami, kalau gi pasar ramadan sendiri jangan la beli kuih yang lembik2 yang lembeng2.... mmg tak de selera nak makan. Banyak kerenah nya si isteri ni...

Lagi satu, hari hari mesti pening nk fikir nak masak apa untuk berbuka dan bersahur. Suamiku dah pesan, dia tak selera makan sayur pagi2. So, senang la keje, masak satu lauk pun dah ok. Kami dalam proses menyokong program berdiet...demi kesenangan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Almaklum, berat suami dah overweight...huhhuhuu...sorry b, letak statement kat sini.

Yang paling best sekali bulan Ramadan ni, hehehehhe bila fikir tentang persiapan hari raya. Setiap hari akan bercakap, pendek kata selagi tak raya selagi tu tak abis fikir. Setiap minggu orang akan keluar shopping raya. Minggu sudah, kami ke nilai square beli tikar buluh... tikar raya. Berbunga bunga cinta hati ni bila suami setuju nak belikan tikar tu. Terima kasih hubby. Sempat juga kami survey baju melayu untuk suami dan anak. Jumpa warna sedondon. Cantik, dan sangat padan. Tapi, bajet belum keluar lagi. Next week baru boleh membeli. Sepasang baju dewasa RM90, kanak2 RM40. emmmm kami nak try survey kat tempat lain dulu. Mana tau dapat harga lagi murah dan kualiti kain lagi baik. Seronoknya shopping raya kan.

Ini cerita awal bulan Ramadan.... nak masuk minggu kedua Ramadan ni cerita lain pulak.... 

Selamat berpuasa dan selamat beribadah di bulan yang berkat ini. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua. InsyaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suatu waktu.....

Pagi yang syahdu. Bulan lapan menjelma jua. Bulan kemerdekaan dan juga bulan berpuasa. Nak ikutkan ada satu hari lagi aku kena ganti puasa. Asyik tertangguh aje. Hehehehehehe..... 

Aku nak cerita tentang sesuatu. Dulu masa belajar kat UKM, aku ngan geng geng aku dah tubuhkan satu underground group. Kami bagi nama Peng-Yu Club... Ada la dalam 10 orang ahli. Tu pun ada yang kuar ada yang masuk. Biasalah, perempuan kalo ada masalah sket kecik hati. HAHAHAHAHha... Jangan terasa, saje ngusik....

Masa tu kami banyak buat aktiviti makan makan and jalan jalan sesama. Memang happening giler group kami ni. Rasa happy sangat sangat dapat kawan macam diorang. 

So, setelah tujuh tahun berlalu (kiralah dari tahun 2004, lama jugak kan), ramai yang dh kawin dan dah ada anak termasuklah aku. Sebenarnya aku pun tak sangka aku dapat kawin dan ada anak sendiri. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan kerana telah memberikan nikmat berkeluarga kepada aku. Baru baru ni kami ada plan nk buat reunion kat rumah kawan kami. Bila sume dh diatur, ramai dari kami yang ada plan keluarga mengejut. Rasa frust sangat tak dapat kumpul ramai ramai. Rasa macam plan ni tak menjadi jek.

Emmmm..... dari sudut hatiku, aku teringin sangat nak berkumpul ngn kawan kawan lama ni. Walaupun sll jugak berhubung, tapi di alam maya saja. Kalau dapat jumpa depan mata lagi best kan. Sangat sangat la happening, terutama yang dah jadik mak budak ni. Mesti banyak yang nak dikongsi dan diceritakan. 

Apapun, kalau tak jadi kali ni, harap harap akan ada peluang lain di masa akan datang. Yang penting keikhlasan hati. Ada kawan kawan yang dah nak bersalin ni, nnti kami datang tengok baby je la.....

Wahai kawan kawan ku, dengan berbesar hati aku abadikan nama korang kat blog aku ni. Semoga ingatan dan ikatan antara kite akan kekal selamanya hingga ke akhir hayat. Aku sangat sayang korang semua. Korang la yang membawa aku mengenali dunia luar yang sangat best, bawak aku jenjalan makan angin. Terlalu banyak, nnti kalo ada masa aku citerkan apa aktiviti yang kite buat kat blog ni. I love you all.

"Nurul, Elyani, Malis, Shuhada, Shahida, Fadzliana, Zalilah, Kak Nanie, Kak Anne, Shamsida, Azliana, Norizan"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ilham dari facebook kawan kawan.

Suriati Salleh: Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."
Share
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di suatu senja....

Pada suatu senja, selepas solat maghrib mama ke dapur masak dinner. Menu malam tu, sambal udang sedap. Bersungguh mama masak, tapi asik diganggu si anak kecil. Mama tanya daddy, nak telur masin ke telur dadar. Dengan confidentnya daddy cakap nak telur dadar. Biasalah, kegemaran daddy. Walaupun banyak kolestrol dia tetap suka.


Anak masih mengacau, melanggar kaki mama dengan walkernya. Mencapai apa sahaja yg boleh dicapai termasuk sampah dlm bakul sampah. Paling suke hisap tali apron yang terjuntai. Apalah anakku ini.

So, mama tanya daddy nak tolong jaga anak ke nak tolong masak telur dadar. Daddy dengan berbesar hatinya cakap nk tolong masak telur dadar. So daddy masak, mama clearkan sinki. Emmm, udang yang dah siap masak tu mama masuk dalam mangkuk letak atas meja. Tak perasan berlapikkan tudung periuk besar. Dalam sibuk kami bersenda gurau berbual bual di dapur, tetiba kami dikejutkan dengan bunyi mangkuk pecah di lantai.

Huahuahuahua.... Si anak dah mencapai tudung periuk, lantas menyebabkan mangkuk sambal udang tu jatuh ke lantai.... Tapi sambal udang nye takde.... Di mana ye?

Emmmm... semuanya jatuh belakang punggung anak.... Daddy terus angkat anak dia, buka seluar baju terus bawak gi washroom..... Mama setlekan telur dadar..... Tak terkata melihatkan sambal udang mama terkumpul dalam walker anak. Bayangkan walker tu dh brp kali basuh sebab anak pupu dalam tu..... huhahuhahahuhauhauahu

Tetiba teringat cite batu belah batu bertangkup..... Mama siap nyanyi kat anak dia, Batu belah batu bertangkup, telan aku luluh aku, kempunan nak makan sambal udang..

SO, dinner malam tu kami makan nasi lauk telur dadar dan kicap jek. Terkulat kulat mama makan. Daddy cume senyum aje. Sedih sedih.... Sampaikan nak tidur pun mama masih terhidu bau sambal udang lagi. Harunya....

Moralnya di sini, sebagai ibu dan bila anak kite semakin membesar kite kena lebih berhati hati dan mengambil berat setiap gerak geri anak kita. Kita kena tahu setiap perkembangan mereka, apa yang mereka mampu buat sendiri dan sebagainya. Kita kena berfikir dan bertindak melampaui pemikiran anak kita. emmm... nampak macam susah kan, so setiap ibu kena berfikiran kritis dan kreatif dalam memahami anak anak. Walaupun ia nampak remeh, tapi ia amat berguna dalam banyak keadaan yang di luar jangkaan kita.

Semoga kejadian ini tidak akan berulang lagi. Baru sembilan bulan dah pecahkan mangkuk mama. Yang cantik plak tu. Kalau anak dah boleh mencapai apa apa di atas meja, tak perlulah letak alas meja. Nanti ditarik, habis jatuh sume barang. Jauhkan barang barang ke tengah meja, jangan letak terlalu tepi dan mudah dicapai. Alamat berkecailah yang kaca kaca tu... Pinggan mangkuk pecah takpe, jangan sampai membahayakan anak anak. Alhamdulillah, ketika kejadian di atas berlaku, tiada kecederaan yang menimpa si anak.

Oleh itu, peranan ibu sangat penting dalam menjaga keselamatan di rumah. Kadang kadang si ayah pun selalu kelalaian, sehingga perlu diingatkan berkali kali supaya menyimpan barang barang merbahaya kepada si anak di tempat yang selamat. Betapa besarnya peranan si ibu dalam sebuah institusi kekeluargaan dalam mengekalkan keharmonian sebuah keluarga. Ibu ibu di luar sana, janganlah mengeluh kerana setiap apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan keluarga kita. Jadilah seorang ibu yang terbuka hati terbuka minda. Selamat menjadi ibu.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesayanganku

08 Julai 2010
Kami menghantar Muhammad Fahim ke nursery dengan harapan mama dapat bekerja. Tapi disebabkan mama tak dapat terima keadaan tempat kerja barunya, maka Muhammad Fahim diberhentikan dari nursery. Sepanjang tiga hari di nursery, dia diajar minum pakai botol dan cawan, dan diberi makan biskut dan bubur.... malangnya Muhammad Fahim menolak itu semua. Ada beberapa orang baby yg dh besar dari dia. Dia tak mau kawan ngan baby tu. Dia rasa takut.


10 Julai 2010
Hasilnya, Muhammad Fahim dah kena demam selesema batuk yang agak teruk. Suhu panas sampai 38.9C. Bagi ubat demam masih tak turun. Gi klinik lagi, masuk ubat kat anus.

Malam tu pegi jugak reunion kawan sekolah daddy. On the way Fahim tidur aje. Nenen pn taknak. Sib baik malam tu demam dia dh kurang sket. Dah mula berpeluh. Sebelum tidur, bagi ubat minum aje. Punyalah payah nak makan ubat. Daddy pegang Fahim, mama suapkan ubat. Meraung raung.

11 Julai 2010
Esok paginya, demam datang balik. Bagi ubat... tunggu sampai tengahari masih tak turun. So, daddy dengan confidentnya memasukkan ubat kat anus Fahim. Mama balut badan dengan lampin basah. Then dia tidur....pastu baru demam dia kurang.... Cian Fahim, hidung masih berair, batuk dan serak.... Dah tau serak, mulut nak membebel aje....

Petang tu, mama dilanda mengantuk yang amat sangat... mungkin kesan makan ubat selesema. Mungkin Fahim menjangkit mama..... huhuuhuhu.... mama tidur dari kul 2.30pm smpai kul 6.00pm... daddy yang jaga fahim, lipat semua baju.... tau2 dia dh abiskan baki durian yang ada, siap kemas lagi... terima kasih daddy. jasamu amat dihargai.

Malam tu, mama still mengantuk. Nak iron baju pn tak larat. Fahim pulak dah ketiduran lepas makan ubat. Daddy banyak kali kejut suh iron baju, tapi mama tak bleh bangun. Bangun makan je pastu tidur balik. Teruknya rasa hari itu. Rupa-rupanya hari esoknya lagi teruk........

12 Julai 2010
Mama tak jadi kerja. Fahim destop dari nursery. Duit pendaftaran takboleh refund. Yuran bulanan kena tolak jumlah hari Fahim duk nursery. Daddy pun dah tak sihat.

13 Julai 2010
Hari ni, Muhammad Fahim dijaga sepenuhnya oleh mama. Pagi pagi breakfast biskut ngn susu. Then mandi siap syampu kepala. Dah lama mama tak cuci rambut Fahim kan. Ada bau.... Tengahari makan bubur cerelac. Habis.... Then tidur time..... Demam dah baik cuma hidung je berair.... Semoga Muhammad Fahim cepat sembuh dan ceria semula.

Kesimpulannya, kalau nak hantar anak ke nursery, makesure kita dah wellprepared. Train anak minum pakai botol ataupun cawan. Biasakan dia dengan susu formula kalau taknak pump susu. Bagi dia makan ikut time. Bermula dengan breakfast, lunch, tea time dan dinner. Tak kisahlah berapa banyak dia makan, tapi pastikan kita bagi jugak. Nanti lelama dia biasa, dia faham dan dia akan ikut timetable tu.

Hari-hari terawal di nursery, anak-anak biasanya akan meragam. Dia mungkin terkejut dan merajuk sebab kena duduk kat nursery. Dia mungkin takut ngn baby yang lebih besar. Dia perlukan perhatian lebih. Dia juga mungkin rindu kat mama n daddy dia terutama time lapar dan time ngantuk. Belaian mama adalah yang paling lembut dan paling memahami. Kesannya, dia mungkin kelaparan, dan akan mengalami demam. So, kepada ibu bapa di luar sana, fahami anak anda, lengkapkan keperluan nya dan jagalah dia ketika dia tidak sihat.... Pastikan anda benar-benar bersedia nak hantar anak ke nursery. Jangan hantar separuh jalan je..... emmm... apa yang berlaku jadikan tauladan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Soundtrack Aliff Firdaus

(Bestnye lagu ni kan.... tertarik hati tatkala asyik menonton drama Aliff Firdaus kat tv3. memula takde le tgk sangat drama tu. Tapi yang kadang2 tengok tu yang buat tertarik hati. Apatah lagi adanya soundtrack lagu yang best macam ni.... huhuhuu.... Cekalnya Aliff Firdaus. Kalau kita kat tempat dia macam mana kan. Kuat betul hati dia melawan godaan dalam dunia khayalan dan keseronokan.

Bila kita sedih memang kita akan ingat Tuhan, tapi bila kita gembira kita selalu lupa dia kan. Betapa sedihnya kita jadi begini. Selagi ada kesempatan, sebaiknya kita kembali semula ke jalan yang lurus. Kalau kita beriktikaf untuk berubah pasti Allah akan berikan jalannya kan. Ruang dan peluang itu ada, cuma kita yang perlu pandai menilai yang mana satu permata dan manikam.)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berpantang selepas bersalin


Tempoh berpantang dua bulan. Setiap pagi kena bangun pagi. Menyusukan anak, then mandi. Mesti makan sarapan pagi. Air milo panas ngan roti oatmeal memang sedap. Kalau tak cukup, boleh makan biskut kering.


Bila dah sihat, boleh mandikan anak sendiri. Sediakan segala peralatan yang diperlukan berdekatan dengan tempat mandi. Tub mandi, air hangat, tuala, lampin, pampers, baju baby dan toiletries baby. Pastikan semuanya berada dalam jangkauan kita. Mudah dan cepat. Jangan lupa untuk pakaikan baby barut perut sebab takut masuk angin, nanti perut kembung. Bedunglah baby supaya dia tak terperanjat dan sendi dia akan jadi tegap. Dan yang ramai tak tahu, tuam la anus baby supaya ia nampak molek dan bagi bayi lelaki dapat mengelakkan angin pasang.

Menu orang berpantang? Sangat simple... makan la ikan haruan rebus halia, sayur sawi rebus. Makan la siang malam. Memang sedap. Bukan senang nak dapat ikan haruan tau tak. Masa I dulu, kawan abah bagi free. Banyak ekor jugak la... terima kasih pakcik. Makan hari2 luka pun cepat sembuh, badan cepat sihat..

Selain menu ikan haruan, boleh jugak makan ikan cencaru atau ikan tenggiri... Masak la pindang rebus. Sangat sedap. Tapi kalau anak ada kuning, elakkan makan halia dalam minggu2 pertama.

Bagi yang menyusu badan, memang akan cepat berasa lapar. Makan la banyak2 sebab takkan menggemukkan badan. Yang penting, bila kita makan yang berkhasiat, anak kita turut mendapat khasiat yang sama. Menu semasa berpantang ni memang menyihatkan badan dan mengembalikan berat badan yang ideal.

Bila dah ada baby, waktu tidur kita pasti akan terganggu. Tak kiralah siang ke malam ke. Terutama kalau baby kuat meragam. Jadinya, bila baby kita tidur, kita pun tidurlah sama. Kalau kita makan ikut waktu, tidur cukup dan berkualiti, barulah kita bertenaga dan bersemangat untuk menjaga anak kita dan melalui tempoh berpantang tanpa rasa tekanan.

Sekiranya kita ibu yang bekerja, kita perlu melatih baby untuk menyusu botol. Setiap suami perlu berkompromi dalam hal ini. Kalau taknak bagi susu formula, pump la susu badan dan bagi guna botol susu. Pastikan pemilihan botol susu adalah yang selamat untuk baby kita. Menyusu botol sangat berguna time kita kuar bekerja, atau travel jauh, dan apabila kita berada di tempat awam. Takdelah kita kena bersusah paya menyingkap baju nak menyusukan baby. Bukan semua tempat disediakan bilik menyusu. Perkara ini perlu diambil berat untuk semua bakal ibu dan bapa. Apa yang penting, kerjasama....

Menjadi ibu memang satu pengalaman yang menyeronokkan, adventure dan kadang2 memenatkan, menjengkelkan. Tapi, bila kita pandang wajah comel baby kita, sekelip mata perasaan yang negatif itu akan hilang. Pada anaklah tercurah segala kasih sayang dan penyejuk hati saat diperlukan.

Kepada bakal2 ibu dan bapa, selamat menempuhi alam keibubapaan. Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan sempurna. Bagi seorang wanita, hidupnya akan sempurna apabila sudah berkahwin dan memiliki anak sendiri. InsyaAllah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mama dan Muhammad Fahim

Berpantang... Penuh dengan keraguan, menyesakkan.... Baby meragam aje siang malam. Menyusu pun tak konsisten... macam2 berlaku time berpantang ni.. Suka duka sedih gembira bercampur campur. Walau apapun, alhamdulillah, aku berjaya juga mengharungi nye... dan apa yang menggembirakan, berat badan aku turun sampai 48kg. Tekanan darah pun dh kembali normal.

Emmm, nama anak? Muhammad Fahim... yang memahami, bijak dan terpelajar. Semoga anak mama membesar dengan sihat, ceria, gembira dan menjadi anak yang soleh serta menjadi kebanggaan mama dan daddy.

Disebabkan susah sangat nak tidurkan Fahim, atuk belikan buai. Huhuu.... then nenek suruh bagi minum susu botol. Susu LACTOGEN.... Fahim suka je.. tapi dia nak botol MAM jek, botol lain taknak. Dia ni memang manja dan memilih.... Macam siapa la dia ni....

Habis tempoh berpantang, balik Melaka. Bekerja.... Siapa nak jaga Fahim menjadi isu yang sangat hangat. Lastly, aku hantar ke rumah Mak dak Ani. Terima kasih makcik sebab sudi jaga Fahim sebulan. Pergi balik aku hantar naik keta... memula dia meragam jugak. lelama dia dah biasa, dh ok.. Takut jugak, drive bawak anak. Alhamdulillah, sume ok.

Setiap malam Fahim akan terjaga mintak nenen. Waktu siang, tido sekejap sekejap jek.. Mudah terkejut. Penat jugak nak adjust masa. Mengantuk? emmm... boleh tahan la.. time rehat kat ofis, sempat melelapkan mata.

Sebulan bersama Fahim.... terima kasih sayang. Sungguh menguji kesabaran mama dan sesungguhnya mengajar mama memahami karakter seorang Muhammad Fahim dan belajar menjadi ibu yang sempurna.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebuah kelahiran....

Sungguh panjang perjalanan yang dilalui. Sememangnya sungguh indah dan sangat bernilai momen momen yang menghiasi diari kehidupan ini. Bermula 071009... aku dimasukkan ke wad bersalin. Semuanya gara-gara simptom darah tinggi di akhir tempoh kehamilan. Keadaan diri yang blurr, hanya menurut perintah, menunggu sebarang kemungkinan. Dalam hati, hanya redha dan berserah pada Ilahi. Moga-moga segalanya berjalan lancar. Lewat petang baru dapat jumpa emak. Oh emak, kalaulah boleh emak menemani sepanjang masa.... Masa tu, baru dapat handphone. Suami? Suamiku dalam perjalanan pulang dari wakaf tapai... (berkursus pulak). Mengandung kursus, nk bersalin pun kursus jugak.


Sepanjang kat wad, asik dengar suara baby nangis baru lahir. Bila lah time aku agaknya. Kena pulak berpuasa. Lapar betul. Bila hubby sampai, baru dapat makan. Betapa leganya dapat jumpa hubby. Hilang seketika segala kerisauan. Malam tu hubby tido kat hospital.

081009.... Hari ni kena induce... Kali pertama takde lah terasa sakit sangat. Dari pagi sampai petang, cuma buka 1cm... Nk sampai 10cm..... 2 hari 2 malam cuma dapat buka 5cm... masa tu sakit nye Tuhan je yang tahu. My hubby pun tak terkata pepe.

Finally, 9hb malam doktor check. entah mcm ne, doktor ckp baby dah buang najis. So, kena jugak caeser. Dapat jumpa hubby. Cakap2 ngn hubby sblm masuk dewan bedah. Terlalu pantas. Taktau macam mana nak describe my feeling masa tu. Apa yang pasti aku redha dan berdoa semoga aku ngn baby selamat. Mak abah ngn kak yu pun menunggu kat luar dewan bedah. Sempat stop sekejap salam ngn mak. Rasa nak menangis pulak. Bukan masa tu, tapi masa menaip kat sini. HUHUUhuuuhu.... sebak pulak bila pikir balik time tu.

Kat dalam dewan bedah, sejuk sangat. Macam2 aku diperlakukan. Tukar baju. Inject bius. Aku bius separuh badan. So sepanjang proses tu aku sedar. Tepat jam 1 pagi, aku mula dibedah. Tetiba dengar staf kat situ ckp. "Big baby, patut la kena bedah"... big sangat ke...? Akhirnya, aku dengar tangisan bayiku yang pertama. Sungguh berbeza dengan tangisan bayi2 yang lain. Dalam hati, bersyukur sangat2 pada Illahi atas kurniaan yang sangat hebat ini. Bayi aku selamat dilahirkan jam 1.30 pagi 10/10/2009....

Nurse tunjuk baby kat aku. Dia tanya lelaki ke perempuan. emmm... anus nye betul2 kat muka aku... Baby boy la.... Dapat cium kat pipi dia.. Seronok sangat2. Perasaan yang tak dapat diungkap.

Sejuk macam dalam tempat beku... Masa tu, dh rasa tak boleh bernafas. Aku takut, sampai situ je hayat aku. Kesejukan dan kelemasan.... Siap tanya lama lagi ke....

Alhamdulillah, bersyukur pada Tuhan. Aku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 4.1kg. Hubby sempat jumpa aku pas masuk wad. Dia tunjuk gbr baby... Tapi masa tu aku dah mamai, ngantuk sangat, tak dapat nak berbual... Then, masa untuk tidur dan berehat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS