RSS

Ramadan bulan mulia


Alhamdulillah,


Sudah 17 hari Ramadan berlalu. Macam macam perkara berlaku, yang manis yang pahit. Semuanya kulalui dengan hati yang lapang. Ramadan disambut dengan berita gembira, Muhammad Fahim bakal mendapat adik. InsyaAllah bulan empat tahun 2012. Kegembiraan ini harus kubayar dengan pengorbanan tidak dapat berpuasa penuh.

Genap sepuluh hari berpuasa, aku diserang gastrik. Empat hari aku bercuti puasa, pastu sambung dua hari. Semalam aku kena lagi gastrik, memaksa aku tidak berpuasa hari ini. Ya Allah, betapa sedih hati ini bila tidak dapat menikmati ibadah puasa tahun ini. Rindu rasanya hari hari yang berlalu bila dahulu aku tekun berpuasa, bersolat tarawikh dan bertadarus al-Quran. Hari ini, aku sedar kehidupan ini ibarat roda. Semalam kita di atas, hari ini kita di bawah. Kehidupan ini akan selalu berubah ubah...

Mengandung kali ini sangat meletihkan. Mungkin kerana kandungan baru 5 minggu, dalam bulan puasa..... segala macam penyakit datang... Kerja rumah pun tak dapat nak dibereskan. Alhamdulillah ada suami yang penyabar, sanggup mengambil alih tugasan di rumah. Apa yang termampu, dia akan tolong. Kasihan juga pada hubby. Sudahlah penat bekerja, balik rumah kena buat kerja rumah lagi. Semoga Allah sentiasa memberi kesenangan hati kepada hubby, dan semoga segala urusan hubby dipermudahkan-Nya. InsyaAllah.

Muhammad Fahim, tatkala umurnya hampir genap dua tahun, dia semakin lasak. Segala macam perkara dia nak buat. Kalau tak dapat mula menangis merajuk.. Apa yang kita tak bagi buat, itu yang dia nk buat. Selalu jugak dia jadi mangsa jari jemari aku... Sayang Muhammad Fahim..... Mama tak marah, mama cuma mengajar Fahim... Semoga Fahim mendapat pengajaran yang berguna.

Fahim suka baby.... excited sgt bila tgk iklan baby kat tv.... bila tgk gambar baby kat majalah.... Harap nanti dia sayang kat adik dia... Aku dah mula bagitahu, dalam perut mama ada baby. Sayang baby...... nanti dia cium perut aku... senang nya hati rasa.. Cuma dia masih menyusu badan. Taknak berenggang langsung, susu formula langsung dia tak suka. Harap nanti bila perut dah semakin membesar, dia akan lebih mengerti dia dah besar dan perlu minum susu dalam cawan. Nenen untuk adik pula... Begitulah doa dan harapanku.

Bahagianya rasa ada keluarga yang best. Alhamdulillah ya Allah, engkau memakbulkan doa aku untuk memiliki sebuah keluarga yang sempurna. Semoga kami akan kekal saling melengkapi antara satu sama lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS