Sayang mama,
Hari ni dah pun 30 September 2009. Baby masih belum nak lahir lagi. Nampaknya, bertambahlah cucu nenek yang lahir bulan Oktober, mengikut jejak Adam dan Harris. Esok mama kena gi checkup kat klinik. Kena jumpa Doktor untuk buat surat rujukan ke hospital. Kena check tekanan darah lagi.. Yer laa.. dh brp kali check asik tinggi jek. Risau jugak mama. Mama harap baby sihat semasa dan selepas dilahirkan nanti. InsyaAllah....
Daddy masih kat ofis, tak balik lagi. Mama tau daddy banyak keja.... Next 3 weeks daddy gi kursus BA kat Wakaf Tapai, Terengganu. 3hb ni daddy kena lapor diri. Kalau baby tak lahir lagi, tak dapat la daddy nak teman mama nanti. Mama memang berharap daddy ada sama time baby lahir. Mama nak daddy sama-sama merasai kegembiraan menyambut kelahiran baby. Tapi, kalau ditakdirkan daddy tak dapat bersama kita, mama redha. Yang penting, mama tahu baby lebih perlukan mama dan mama mesti tabah dan kuat semangat agar dapat lahirkan baby dengan mudah dan selamat. Ameen....
Buat daddy,
Mama mohon ampun dan maaf atas segala dosa mama pada daddy, halalkan segala makan dan minum mama. Doakan mama dapat melahirkan baby dengan selamat. Doakan mama dan baby selamat agar dapat berjumpa lagi dengan daddy. Semoaga kelahiran baby dalam keluarga kita akan menambah kebahagiaan, keceriaan dan kerahmatan dalam hidup kita.
Buat baby,
Selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba ini. Semoaga doa mama dimakbulkan Tuhan agar baby menjadi anak yang soleh dan solehah, bijak dan cemerlang dalam apa jua perkara, menjadi anak yang taat pada Allah, mama dan daddy. Semoga baby menjadi anak kebanggaan mama dan daddy dunia dan akhirat. Kalau iman kita kuat, barulah kita mampu menjalani hidup pada jalan yang benar dengan hati yang tabah. Mama akan sentiasa doakan yang terbaik untuk baby mama, kerana mama sayangkan baby. Mengandungkan baby hampir 10 bulan, terlalu cepat rasanya masa berlalu. Menanti kelahiran baby di hujung-hujung tempoh mengandung, terasa begitu lamanya.... Semoga mama dapat melahirkan baby dengan mudah dan selamat. Ameen....