RSS

Sepi sekeping hati

Bila tak mampu bersuara lagi, ke mana hendak dicurahkan rasa hati. Bila waktu sangat mencemburui, ke mana hendak diadukan nasib ini. Kepenatan, kerisauan, kemarahan, kesakitan malah kegembiraan yang tidak dapat dikongsi bersama. Kepada siapa untuk dicagarkan segala rasa. Pada ketika ini, hanya Tuhan tempat mengadu semoga hati ini tabah selalu.

Hati ini seakan ingin menjerit. Tiada kawan lawan bicara, tiada lagi hari hari yang ceria. Mungkin luaran kelihatan bersahaja, tapi di hati bergelora menunggu karam di lautan duka.

Aku bukan minta emas permata, dan aku sangat mengerti kasih sayang yang diberi tiada nilainya. Aku minta pengertian sebuah perkongsian. Bila suara hati terbiar sepi, hanya berlegar legar di sudut hati. Bila aku terpaksa berjuang dengan sesuatu yang kaku, aku sedar, aku sudah kalah sebelum memasuki gelanggang.

Apakah aku perlu berundur, sedang hati luluh meruntun. Aku..... yang selalunya kuat kini lemah, kerana dulu aku seorang, tapi kini di saat kebergantungan kepadanya kelihatan goyah.... apakah yang harus aku lakukan.....

Kelemahan yang nyata, apakah aku yang bersalah???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

mijie said...

apa ni, sepi2 apa nya

Nurulaini said...

sepi la.... bila hati sahaja yang mampu bersuara