RSS

Di suatu senja....

Pada suatu senja, selepas solat maghrib mama ke dapur masak dinner. Menu malam tu, sambal udang sedap. Bersungguh mama masak, tapi asik diganggu si anak kecil. Mama tanya daddy, nak telur masin ke telur dadar. Dengan confidentnya daddy cakap nak telur dadar. Biasalah, kegemaran daddy. Walaupun banyak kolestrol dia tetap suka.


Anak masih mengacau, melanggar kaki mama dengan walkernya. Mencapai apa sahaja yg boleh dicapai termasuk sampah dlm bakul sampah. Paling suke hisap tali apron yang terjuntai. Apalah anakku ini.

So, mama tanya daddy nak tolong jaga anak ke nak tolong masak telur dadar. Daddy dengan berbesar hatinya cakap nk tolong masak telur dadar. So daddy masak, mama clearkan sinki. Emmm, udang yang dah siap masak tu mama masuk dalam mangkuk letak atas meja. Tak perasan berlapikkan tudung periuk besar. Dalam sibuk kami bersenda gurau berbual bual di dapur, tetiba kami dikejutkan dengan bunyi mangkuk pecah di lantai.

Huahuahuahua.... Si anak dah mencapai tudung periuk, lantas menyebabkan mangkuk sambal udang tu jatuh ke lantai.... Tapi sambal udang nye takde.... Di mana ye?

Emmmm... semuanya jatuh belakang punggung anak.... Daddy terus angkat anak dia, buka seluar baju terus bawak gi washroom..... Mama setlekan telur dadar..... Tak terkata melihatkan sambal udang mama terkumpul dalam walker anak. Bayangkan walker tu dh brp kali basuh sebab anak pupu dalam tu..... huhahuhahahuhauhauahu

Tetiba teringat cite batu belah batu bertangkup..... Mama siap nyanyi kat anak dia, Batu belah batu bertangkup, telan aku luluh aku, kempunan nak makan sambal udang..

SO, dinner malam tu kami makan nasi lauk telur dadar dan kicap jek. Terkulat kulat mama makan. Daddy cume senyum aje. Sedih sedih.... Sampaikan nak tidur pun mama masih terhidu bau sambal udang lagi. Harunya....

Moralnya di sini, sebagai ibu dan bila anak kite semakin membesar kite kena lebih berhati hati dan mengambil berat setiap gerak geri anak kita. Kita kena tahu setiap perkembangan mereka, apa yang mereka mampu buat sendiri dan sebagainya. Kita kena berfikir dan bertindak melampaui pemikiran anak kita. emmm... nampak macam susah kan, so setiap ibu kena berfikiran kritis dan kreatif dalam memahami anak anak. Walaupun ia nampak remeh, tapi ia amat berguna dalam banyak keadaan yang di luar jangkaan kita.

Semoga kejadian ini tidak akan berulang lagi. Baru sembilan bulan dah pecahkan mangkuk mama. Yang cantik plak tu. Kalau anak dah boleh mencapai apa apa di atas meja, tak perlulah letak alas meja. Nanti ditarik, habis jatuh sume barang. Jauhkan barang barang ke tengah meja, jangan letak terlalu tepi dan mudah dicapai. Alamat berkecailah yang kaca kaca tu... Pinggan mangkuk pecah takpe, jangan sampai membahayakan anak anak. Alhamdulillah, ketika kejadian di atas berlaku, tiada kecederaan yang menimpa si anak.

Oleh itu, peranan ibu sangat penting dalam menjaga keselamatan di rumah. Kadang kadang si ayah pun selalu kelalaian, sehingga perlu diingatkan berkali kali supaya menyimpan barang barang merbahaya kepada si anak di tempat yang selamat. Betapa besarnya peranan si ibu dalam sebuah institusi kekeluargaan dalam mengekalkan keharmonian sebuah keluarga. Ibu ibu di luar sana, janganlah mengeluh kerana setiap apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan keluarga kita. Jadilah seorang ibu yang terbuka hati terbuka minda. Selamat menjadi ibu.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

mijie said...

punyalah licik gerakan si anak itu, sampai mama n daddy tidak sedar

tahu2 pingang dah pecah