RSS

Berpantang selepas bersalin


Tempoh berpantang dua bulan. Setiap pagi kena bangun pagi. Menyusukan anak, then mandi. Mesti makan sarapan pagi. Air milo panas ngan roti oatmeal memang sedap. Kalau tak cukup, boleh makan biskut kering.


Bila dah sihat, boleh mandikan anak sendiri. Sediakan segala peralatan yang diperlukan berdekatan dengan tempat mandi. Tub mandi, air hangat, tuala, lampin, pampers, baju baby dan toiletries baby. Pastikan semuanya berada dalam jangkauan kita. Mudah dan cepat. Jangan lupa untuk pakaikan baby barut perut sebab takut masuk angin, nanti perut kembung. Bedunglah baby supaya dia tak terperanjat dan sendi dia akan jadi tegap. Dan yang ramai tak tahu, tuam la anus baby supaya ia nampak molek dan bagi bayi lelaki dapat mengelakkan angin pasang.

Menu orang berpantang? Sangat simple... makan la ikan haruan rebus halia, sayur sawi rebus. Makan la siang malam. Memang sedap. Bukan senang nak dapat ikan haruan tau tak. Masa I dulu, kawan abah bagi free. Banyak ekor jugak la... terima kasih pakcik. Makan hari2 luka pun cepat sembuh, badan cepat sihat..

Selain menu ikan haruan, boleh jugak makan ikan cencaru atau ikan tenggiri... Masak la pindang rebus. Sangat sedap. Tapi kalau anak ada kuning, elakkan makan halia dalam minggu2 pertama.

Bagi yang menyusu badan, memang akan cepat berasa lapar. Makan la banyak2 sebab takkan menggemukkan badan. Yang penting, bila kita makan yang berkhasiat, anak kita turut mendapat khasiat yang sama. Menu semasa berpantang ni memang menyihatkan badan dan mengembalikan berat badan yang ideal.

Bila dah ada baby, waktu tidur kita pasti akan terganggu. Tak kiralah siang ke malam ke. Terutama kalau baby kuat meragam. Jadinya, bila baby kita tidur, kita pun tidurlah sama. Kalau kita makan ikut waktu, tidur cukup dan berkualiti, barulah kita bertenaga dan bersemangat untuk menjaga anak kita dan melalui tempoh berpantang tanpa rasa tekanan.

Sekiranya kita ibu yang bekerja, kita perlu melatih baby untuk menyusu botol. Setiap suami perlu berkompromi dalam hal ini. Kalau taknak bagi susu formula, pump la susu badan dan bagi guna botol susu. Pastikan pemilihan botol susu adalah yang selamat untuk baby kita. Menyusu botol sangat berguna time kita kuar bekerja, atau travel jauh, dan apabila kita berada di tempat awam. Takdelah kita kena bersusah paya menyingkap baju nak menyusukan baby. Bukan semua tempat disediakan bilik menyusu. Perkara ini perlu diambil berat untuk semua bakal ibu dan bapa. Apa yang penting, kerjasama....

Menjadi ibu memang satu pengalaman yang menyeronokkan, adventure dan kadang2 memenatkan, menjengkelkan. Tapi, bila kita pandang wajah comel baby kita, sekelip mata perasaan yang negatif itu akan hilang. Pada anaklah tercurah segala kasih sayang dan penyejuk hati saat diperlukan.

Kepada bakal2 ibu dan bapa, selamat menempuhi alam keibubapaan. Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan sempurna. Bagi seorang wanita, hidupnya akan sempurna apabila sudah berkahwin dan memiliki anak sendiri. InsyaAllah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Mrs. Q! said...

tips yg berguna. xsaba nk dapat baby yg cute! hikhik.

BeMiE said...

bestnya ada baby.. kan....

sal ya said...

mmg..tp kalau berpantang dgn org tua lain skt kot..sy ni selalu je kena sound sbb abaikan aspek2 tertentu berpantang.ngeee...tp utk 2nd child suami yg byk msk n mandikan baby.sronok tgk dia...pandai jgk encik suami ni kalau dia nak buat sumthing kan?

Nurulaini said...

ada baby sendiri mmg sangat menyeronokkan. kalau kt jaga sendiri lagi best. stp hari ada je benda baru yang berlaku kat baby kt. emmm, part berpantang ngn org tua.... sy dulu pun pantang kat kg. almaklum baby first. sangat memeningkan, semuanya serba tak kena. sib baik badan cepat sihat. boleh bangun sendiri. so, utk 2nd child ada plan nk berpantang kat rumah sendiri. insyaallah, maybe the next two years...