RSS

02 Februari 2011-our wedding anniversary


02 Februari 2011
Pada tarikh ni maka genap la usia perkahwinan aku dengan suami tercinta, Muhammad Tarmizi. Alhamdulillah, kami masih lagi bahagia dan semoga kebahagiaan ini akan kekal abadi hingga ke syurga. Apatah lagi dengan kehadiran putera kesayangan kami, Muhammad Fahim yang telah pun berusia setahun empat bulan. Alhamdulillah sekali lagi, kerana mendapat keizinanNya untuk melihat perkembangan seorang anak yang sihat dan sempurna.

Perancangan asal, aku nak masak nasi tomato, ayam masak merah dan kek coklat kukus. Malangnya pada hari tersebut kami sekeluarga tersadai di Dewan Pekan Air Panas kerana menjadi mangsa banjir yang melanda Kampung Tenang. Menu yang disediakan pada hari tu, nasi putih ngan lauk sardin jek.... HUhuhuhuhuuu,..... sungguh memberi sebuah kenangan yang tak dapat dilupakan.

Sepanjang tempoh tiga tahun ni, banyak dah pahit manis kami lalui bersama. Memang betul kata orang, perkahwinan itu indah. Yang penting persefahaman, hormat menghormati dan kerjasama perlu ada antara satu sama lain. Bukan senang untuk menyatukan dua orang insan berlainan jantina. Bila seorang kata hitam, seorang kata putih...... emmmm.....

Walau apapun, aku tetap sayang suami aku dunia akhirat. Dia sangat istimewa, dia sangat best. Dia sangat family oriented, sebab tu aku suka kat dia masa mula mula kenal dulu. Kami sebaya, memang agak sukar untuk membina rasa hormat tapi aku sentiasa berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suami aku. Aku berharap agar dia sentiasa memberi ruang dan peluang untuk aku memperbaiki kelemahan diri. Semoga dia akan terus menyayangi aku sebagaimana aku menyayangi dia. Dan semoga dia sentiasa menyokong aku dalam apa jua keadaan.

Muhammad Fahim, dialah permata hati aku dan suamiku. Walaupun dia ni agak manja, selalu nak duduk sama ngan mama dia, tapi bila dia senyum ketawa.... sangat menghiburkan hati. Dia semakin membesar, semakin banyak perkara yang dia lakukan. Menendang bola ke sana sini, memanjat, bermain sorang sorang, main cakap cakap kat telefon..... Mama sangat sayang Fahim. Fahim anak mama yang sangat baik, semoga Fahim membesar dengan sihat dan sempurna. Semoga Fahim menjadi anak yang bijak dan cemerlang dunia dan akhirat. Mama akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak mama ni......

Muhammad Tarmizi, suamiku.... SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE TIGA,...sayang sentiasa cintakan hubby seikhlas hati ini dan sentiasa menyokong hubby untuk selamanya.
Muhammad Fahim, anakku.... mama sentiasa bersama Fahim kerana mama sangat sayang Fahim selamanya.

I LOVE BOTH OF YOU......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS