RSS

Menanti Pasti

Sayang mama,
Hari ni dah pun 30 September 2009. Baby masih belum nak lahir lagi. Nampaknya, bertambahlah cucu nenek yang lahir bulan Oktober, mengikut jejak Adam dan Harris. Esok mama kena gi checkup kat klinik. Kena jumpa Doktor untuk buat surat rujukan ke hospital. Kena check tekanan darah lagi.. Yer laa.. dh brp kali check asik tinggi jek. Risau jugak mama. Mama harap baby sihat semasa dan selepas dilahirkan nanti. InsyaAllah....

Daddy masih kat ofis, tak balik lagi. Mama tau daddy banyak keja.... Next 3 weeks daddy gi kursus BA kat Wakaf Tapai, Terengganu. 3hb ni daddy kena lapor diri. Kalau baby tak lahir lagi, tak dapat la daddy nak teman mama nanti. Mama memang berharap daddy ada sama time baby lahir. Mama nak daddy sama-sama merasai kegembiraan menyambut kelahiran baby. Tapi, kalau ditakdirkan daddy tak dapat bersama kita, mama redha. Yang penting, mama tahu baby lebih perlukan mama dan mama mesti tabah dan kuat semangat agar dapat lahirkan baby dengan mudah dan selamat. Ameen....

Buat daddy,
Mama mohon ampun dan maaf atas segala dosa mama pada daddy, halalkan segala makan dan minum mama. Doakan mama dapat melahirkan baby dengan selamat. Doakan mama dan baby selamat agar dapat berjumpa lagi dengan daddy. Semoaga kelahiran baby dalam keluarga kita akan menambah kebahagiaan, keceriaan dan kerahmatan dalam hidup kita.

Buat baby,
Selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba ini. Semoaga doa mama dimakbulkan Tuhan agar baby menjadi anak yang soleh dan solehah, bijak dan cemerlang dalam apa jua perkara, menjadi anak yang taat pada Allah, mama dan daddy. Semoga baby menjadi anak kebanggaan mama dan daddy dunia dan akhirat. Kalau iman kita kuat, barulah kita mampu menjalani hidup pada jalan yang benar dengan hati yang tabah. Mama akan sentiasa doakan yang terbaik untuk baby mama, kerana mama sayangkan baby. Mengandungkan baby hampir 10 bulan, terlalu cepat rasanya masa berlalu. Menanti kelahiran baby di hujung-hujung tempoh mengandung, terasa begitu lamanya.... Semoga mama dapat melahirkan baby dengan mudah dan selamat. Ameen....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

28 tahun yang indah


Assalamualaikum....
21 September 2009... Hari ini paling indah... Hari ulangtahun kelahiran aku yang ke 28 tahun.... Sebabnya aku dapat celebrate dengan suami tercinta. Pagi2 lagi suami aku dah wish happy birthday. Siap nyanyi lagu birthday lagi. Terima kasih hubby. I love you so much.

Tahun ni jugak aku sedang menunggu kelahiran bayi kami yang pertama. Dari sehari ke sehari, tak jugak ada tanda2 dia nak lahir. huhuhuu..... Baby mama, cepat la lahir. Nanti daddy dah gi kursus, tak best la. Nanti daddy tak dapat nak azan iqamat kan baby.

Untuk aku, semoga aku lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri yang solehah, sebagai seorang mama yang tebaik untuk anak-anak. Semoga kehidupan kami bertambah baik, sempurna dan bahagia. Semoga harapan dan impian akan terlaksana untuk tinggal serumah dengan suami dan anak. Semoga rezeki kami bertambah murah, dan perjalanan hidup kami sentiasa diberkati dan dirahmati Allah Yang Maha Esa. Ameen.....

"Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi Nurulaini
Selamat Hari Jadi"

Kebetulan hari lahir aku jatuh pada hari raya kedua. Emmm.. nak dijadikan cerita, raya pertama aku telah makan sepuas-puasnya kat rumah sedara mara. Terlalu gembira meraikan kejayaan aku dapat berpuasa 28 hari (tolak satu hari sebab kena minum air gula). Yer la... puasa time dah sarat mengandung ni memang menguji kesabaran dan keimanan. Alhamdulillah, berkat kesabaran aku berjaya juga berpuasa.... Tapi fokus di sini, sehari semalam aku kena keracunan makanan. Huhuhhuhu... fikir sekali mungkin sebab aku makan overloaded. Fikir dua kali, takut nak terbersalin je... Gi klinik, doktor cakap keracunan makanan. Contraction bersalin tak melibatkan cirit-birit ye kengkawan.


Walau macam mana pun, aku tetap celebrate birthday aku. Kek hari jadi pun aku makan lagi, tapi takde la banyak. Hubby belanja. Terima kasih hubby. Seronoknya birthday kali ini sebab kali pertama sambut ngan hubby. Zaman bertunang, dapat delivery bunga je. First year kahwin, hubby kursus Penguasa Bomba kat Wakaf Tapai, Terengganu. Second year kahwin, nasib baik hubby dapat tukar duty ngan kawan dia, dapat la sambut birthday ngan hubby. Ok lah... selamat hari raya, selamat hari lahir untuk aku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Coklat Moist Cinta

Bahan-bahannya:
2 cawan mentega

2 cawan gula halus

2 cawan tepung kek
1 sudu besar esen vanilla

6 biji telur


(dimasak dengan api sederhana)

1 1/2 cawan gula

1 cawan air

1 cawan serbuk koko


Bahan fudge coklat:

50gm serbuk koko
125ml air

1 cawan susu cair
200gm gula

1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh esen vanilla
2 biji kuning telur
60gm tepung jagung
60gm mentega


Cara membuatnya kek:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu hingga habis. Kemudian bila kembang dan naik masukkan esen vanilla
3. Diikuti dengan tepung dan dipukul lagi

4. Akhir sekali masukkan koko yang sudah disejukkan tadi ke dalam adunan tepung
5. Gunakan acuan 10 x 10 inci. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 1 jam mengikut suhu ketuhar masing-masing.

Cara membuat fudge coklat:
6. Satukan semua bahan kecuali mentega ke dalam bekas, masak di atas api. Kacau sehingga sebati, kemudian padamkan api. Selepas itu baru masukkan mentega dan kacau sehingga sebati. Sapukan fudge coklat di atas kek, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Ini bagi mengelakkan kek daripada susah dipotong.

Selamat mencuba. Pasti mendapat pujian daripada suami tercinta, seperti saya.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan

Bulan Ramadhan kali ni benar benar memberi pengajaran buat diri aku. Apa tidak nye, berpuasa ketika mengandung sembilan bulan memang cukup mencabar. Terutama bila nak melepasi waktu tengahari. Kalau di pejabat sudah tentu aku menidurkan diri sampai sejam lebih. Kalau kat rumah, takde buat pe pe, confirm lagi lama aku tidur. Yerla... time time genting tu, perut akan rasa lapar sangat2, badan pun rasa tak bermaya sangat, baby pulak time time tu dia bergerak dengan aktifnye... mungkin dia pun rasa apa yang mama dia rasa. Baby mama kuat semangat macam mama. Dalam kandungan lagi dh belajar berpuasa. Alhamdulillah, setakat hari ni baru sehari tak puasa. Itupun gara-gara kena minum air gula. Maklumlah, seminggu puasa nafsu berbuka luar biasa sekali. Semua kuih nk makan, semua air nk minum. Setakat hari ni juga, setiap hujung minggu dapat berbuka dan bersahur ngan hubby tercinta. Walaupun berkursus, tapi dapat jugak balik ke Melaka. Huhuhu... sayang kat hubby.
Persiapan bersalin semua dah settle... Barang2 baby insyaAllah semua dah beli. Yang extra extra tu semua pas bersalin baru settle... Persiapan raya? emmm...baju melayu hubby je dh siap, tapi belum amik lagi kat kedai... Baju raya aku? emmm... macam takde jek... tu last minit baru decide, perlu beli atau tak... kalau aku bersalin sebelum raya, makanya takde le bj raya. kalau pas raya baru bersalin, dpt le sekali pun aku solat terawikh... bukan tak nak, tapi keadaan diri sukar sekali bila dh sarat2 begini. Dapat solat 5 waktu pun dh bersyukur sangat2... Tapi, memang betul lah, bila kita dh biasa buat, tetiba tak dpt buat mmg rasa kekosongan. Sebab tu, zaman2 bujang, belum ada komitmen, sebaiknye buat la apa yang kita boleh buat.. banyak2 kan lah beribadat.... nnti bila dh kawin dah ada anak, komitmen pada family dh bertambah... sush sikit la... bukan tak boleh langsung, tapi faham2 sendiri lah.
Keseronokan nak jadi mama, memang tiada tandingan. Tak sabar rasanya nak merasai pengalaman bersalin. Harap2 blh bersalin normal. Tak kisah la baby 3kg ke tak. Mama akan cuba sedaya mungkin untuk bersalin normal. Huhuuhu.... Sesiapa yang membaca artikel ni, doakanlah keselamatan kami, mudah kan lah aku melahirkan baby kami yang pertama ni. Dah tak sabar rasanya nak bergelar mama. Nak peluk cium baby kami. Semoga segalanya berjalan lancar. Ameen....
Baby mama... mama sayang baby, mama sayang daddy.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS