RSS

IT'S MY BIRTHDAY!!!!!

21st September 2008
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO NURULAINI
HAPPY BIRTHDAY TO YOU....

Hari ini aku genap 27 tahun... Hari ini aku menyedari betapa pentingnya menghargai masa kerana bila kita mula lalui hari yang baru, bermakna kita telah tinggalkan satu hari atau pun hari hari semalam. Segalanya akan tinggal dalam arkib kenangan kehidupan kita. Tapi yang penting, apa yang baik harus dijadikan teladan, yang tak baik kita biarkan ia berlalu. Hidup mesti diteruskan bersama azam dan semangat yang baru. Hari ini buat pertama kalinya aku meraikan hari jadi sebagai isteri orang. Walaupun belum lagi berpeluang untuk meraikan bersama suami tercinta, aku masih mengharapkan hari jadi kali ini membawa makna yang besar dalam hidup aku. Aku ingin menjadi dewasa dalam melayari kehidupan berkeluarga, aku ingin menjadi isteri yang terbaik untuk suamiku, aku ingin menjadi mama kepada anak-anak kami, aku ingin menjadi isteri yang memahami suami. Aku juga mengharapkan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat bersama suamiku. Semoga Allah sentiasa bersama kami dan melindungi kami sepanjang perjalanan kehidupan kami.
Selamat hari jadi yang ke 27 tahun buat diriku sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SANDARAN HATI

YAKINKAH KU BERDIRI
DI HAMPA TANPA SEPI
BOLEHKAH AKU MENDENGARMU

TERKUBUR DALAM EMOSI
TANPA BISA BERSEMBUNYI
AKU DAN NAFASKU MERINDUKANMU

TERPURUK KU DI SINI
TERANIAYA SEPI
DAN KU TAHU PASTI KAU MENEMANI

DALAM HIDUPKU
KESENDIRIANKU

TERINGAT KU TERINGAT
PADA JANJIMU KU TERIKAT
HANYA SEKEJAP KU BERDIRI
KULAKUKAN SEPENUH HATI
PEDULI KU PEDULI
SIANG DAN MALAM YANG BERGANTI
SEDIHKU INI TAK ADA ARTI
JIKA KAULAH SANDARAN HATI
KAULAH SANDARAN HATI
SANDARAN HATI

INIKAH YANG KAU MAU
BENARKAH INI JALANMU
HANYALAH ENGKAU YANG KU TUJU
PEGANG ERAT TANGANKU
BIMBING LANGKAH KAKIKU
AKU HILANG ARAH
TANPA HADIRMU
DALAM GELAPNYA
MALAM HARIKU




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENYATUAN DUA HATI DUA INSAN


Semalam itu hangat, hari ini itu indah, esok sangat dinantikan penuh debaran dan pengharapan. Sesuatu yang indah di saat menjadi seorang isteri. 02022008 Sabtu pagi yang membahagiakan. Terima kasih suamiku kerana sudi memperisterikan aku. Semoga ikatan perkahwinan ini dapat menyatukan dua hati kita hingga ke akhir hayat kerana kita dua insan berbeza dari dua dunia yang berlainan dan kerana itu aku mengharapkan yang terbaik dalam keluarga baru kita. Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kita berdua. Ameen....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS