RSS

Ramadan bulan mulia


Alhamdulillah,


Sudah 17 hari Ramadan berlalu. Macam macam perkara berlaku, yang manis yang pahit. Semuanya kulalui dengan hati yang lapang. Ramadan disambut dengan berita gembira, Muhammad Fahim bakal mendapat adik. InsyaAllah bulan empat tahun 2012. Kegembiraan ini harus kubayar dengan pengorbanan tidak dapat berpuasa penuh.

Genap sepuluh hari berpuasa, aku diserang gastrik. Empat hari aku bercuti puasa, pastu sambung dua hari. Semalam aku kena lagi gastrik, memaksa aku tidak berpuasa hari ini. Ya Allah, betapa sedih hati ini bila tidak dapat menikmati ibadah puasa tahun ini. Rindu rasanya hari hari yang berlalu bila dahulu aku tekun berpuasa, bersolat tarawikh dan bertadarus al-Quran. Hari ini, aku sedar kehidupan ini ibarat roda. Semalam kita di atas, hari ini kita di bawah. Kehidupan ini akan selalu berubah ubah...

Mengandung kali ini sangat meletihkan. Mungkin kerana kandungan baru 5 minggu, dalam bulan puasa..... segala macam penyakit datang... Kerja rumah pun tak dapat nak dibereskan. Alhamdulillah ada suami yang penyabar, sanggup mengambil alih tugasan di rumah. Apa yang termampu, dia akan tolong. Kasihan juga pada hubby. Sudahlah penat bekerja, balik rumah kena buat kerja rumah lagi. Semoga Allah sentiasa memberi kesenangan hati kepada hubby, dan semoga segala urusan hubby dipermudahkan-Nya. InsyaAllah.

Muhammad Fahim, tatkala umurnya hampir genap dua tahun, dia semakin lasak. Segala macam perkara dia nak buat. Kalau tak dapat mula menangis merajuk.. Apa yang kita tak bagi buat, itu yang dia nk buat. Selalu jugak dia jadi mangsa jari jemari aku... Sayang Muhammad Fahim..... Mama tak marah, mama cuma mengajar Fahim... Semoga Fahim mendapat pengajaran yang berguna.

Fahim suka baby.... excited sgt bila tgk iklan baby kat tv.... bila tgk gambar baby kat majalah.... Harap nanti dia sayang kat adik dia... Aku dah mula bagitahu, dalam perut mama ada baby. Sayang baby...... nanti dia cium perut aku... senang nya hati rasa.. Cuma dia masih menyusu badan. Taknak berenggang langsung, susu formula langsung dia tak suka. Harap nanti bila perut dah semakin membesar, dia akan lebih mengerti dia dah besar dan perlu minum susu dalam cawan. Nenen untuk adik pula... Begitulah doa dan harapanku.

Bahagianya rasa ada keluarga yang best. Alhamdulillah ya Allah, engkau memakbulkan doa aku untuk memiliki sebuah keluarga yang sempurna. Semoga kami akan kekal saling melengkapi antara satu sama lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebuah kehilangan yang abadi....

Assalamualaikum,

Bagaimana harus dimulakan entri ni. Tahun 2011 ni banyak sungguh kejutan. Bermula dengan pemergian arwah Wak Uda..... sungguh tak disangka pemergiannya kerana menghidap penyakit kanser usus. Sebulan kemudian, arwah embah lanang yang disayangi. Bercucuran air mata ini saat mendapat khabar berita dia sudah tiada. Memang sudah sampai saatnya dia kembali kepadaNya. Saat menziarahi jenazahnya, tak puas rasa di hati untuk menatap wajahnya buat kali terakhir sebelum disemadikan selamanya. Sejuk dahinya aku kucup, sejuk yang tak pernah aku rasakan. Doaku semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Ameen.

Bulan lepas, sekali lagi aku dikejutkan dengan pemergian arwah abah sahabat baikku Shieda. Bukan sekali aku berjumpa dengan arwah. Banyak kali juga aku menumpang tidur di rumahnya. Sudah sampai ajalnya, koma dua minggu akibat strok hanya penyebab. Semoga Shieda sentiasa tabah menghadapi kehilangan buat kali kedua. Katanya, dia kini anak yatim piatu. Mungkin dia rasa kesunyian dan kesedihan yang amat sangat. Apatah lagi, suaminya berada di luar negara. Pesanku padanya, jangan rasa diri berbeza. Seandainya dia perlukan teman, aku ada di sini untuk bersamanya.

Sebentar tadi, aku baru saja mendapat khabar sedih sekali lagi. Arwah abah sahabat baikku Elyani pula pergi menyahut seruan Illahi. Setelah hampir sebulan terlantar di hospital kerana kanser paru paru tahap 4, akhirnya dia pergi jua. Aduhai yanie, aku tahu kesedihan dan kepiluan di hati. Masih aku ingat surat surat berisi nasihat yang arwah abah kau kirimkan masa kita di universiti dulu. Sungguh manis caranya memberi nasihat untuk anak anak. Sabar lah sahabat ku. Relakan pemergiannya, dan kirimkan doa agar dia pergi dengan tenang dan aman.

Sesungguhnya, aku merasai kesedihan yang kamu semua rasai. Entah bagaimana kalau orang yang aku paling sayangi pergi. Mungkin aku tidak setabah mana, namun kita harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Saat itu akan tiba jua, biar lambat atau cepat. Sememangnya kita wajib mengingati mati. Justeru, hargailah mereka yang kita sayangi selagi hayat dikandung badan.

Al-fatihah......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

02 Februari 2011-our wedding anniversary


02 Februari 2011
Pada tarikh ni maka genap la usia perkahwinan aku dengan suami tercinta, Muhammad Tarmizi. Alhamdulillah, kami masih lagi bahagia dan semoga kebahagiaan ini akan kekal abadi hingga ke syurga. Apatah lagi dengan kehadiran putera kesayangan kami, Muhammad Fahim yang telah pun berusia setahun empat bulan. Alhamdulillah sekali lagi, kerana mendapat keizinanNya untuk melihat perkembangan seorang anak yang sihat dan sempurna.

Perancangan asal, aku nak masak nasi tomato, ayam masak merah dan kek coklat kukus. Malangnya pada hari tersebut kami sekeluarga tersadai di Dewan Pekan Air Panas kerana menjadi mangsa banjir yang melanda Kampung Tenang. Menu yang disediakan pada hari tu, nasi putih ngan lauk sardin jek.... HUhuhuhuhuuu,..... sungguh memberi sebuah kenangan yang tak dapat dilupakan.

Sepanjang tempoh tiga tahun ni, banyak dah pahit manis kami lalui bersama. Memang betul kata orang, perkahwinan itu indah. Yang penting persefahaman, hormat menghormati dan kerjasama perlu ada antara satu sama lain. Bukan senang untuk menyatukan dua orang insan berlainan jantina. Bila seorang kata hitam, seorang kata putih...... emmmm.....

Walau apapun, aku tetap sayang suami aku dunia akhirat. Dia sangat istimewa, dia sangat best. Dia sangat family oriented, sebab tu aku suka kat dia masa mula mula kenal dulu. Kami sebaya, memang agak sukar untuk membina rasa hormat tapi aku sentiasa berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suami aku. Aku berharap agar dia sentiasa memberi ruang dan peluang untuk aku memperbaiki kelemahan diri. Semoga dia akan terus menyayangi aku sebagaimana aku menyayangi dia. Dan semoga dia sentiasa menyokong aku dalam apa jua keadaan.

Muhammad Fahim, dialah permata hati aku dan suamiku. Walaupun dia ni agak manja, selalu nak duduk sama ngan mama dia, tapi bila dia senyum ketawa.... sangat menghiburkan hati. Dia semakin membesar, semakin banyak perkara yang dia lakukan. Menendang bola ke sana sini, memanjat, bermain sorang sorang, main cakap cakap kat telefon..... Mama sangat sayang Fahim. Fahim anak mama yang sangat baik, semoga Fahim membesar dengan sihat dan sempurna. Semoga Fahim menjadi anak yang bijak dan cemerlang dunia dan akhirat. Mama akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak mama ni......

Muhammad Tarmizi, suamiku.... SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE TIGA,...sayang sentiasa cintakan hubby seikhlas hati ini dan sentiasa menyokong hubby untuk selamanya.
Muhammad Fahim, anakku.... mama sentiasa bersama Fahim kerana mama sangat sayang Fahim selamanya.

I LOVE BOTH OF YOU......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A story of one night ABC....


Beberapa hari ni, Muhammad Fahim dah pandai ikut baca ABC... tapi dalam bahasa dia laa... Mama cakap ABC, dia cakap a ee ciii....
Masa tu mama kat dapur siap siap nak masak, sambil layan Fahim baca ABC. Fahim sambil ikut baca dia main panjat panjat grill. Dia panjat sebab nak menjengah dalam sinki mama. HUhuhuuhu..... then tetiba dia gi depan amik papan ABC dia, letak kat lantai. Dia baca ABC (masih dalam bahasa dia), sambil tunjuk tunjuk kat ABC tu. How sweet my little boy, begin to learning much more.

Malam semalam, mama picit kaki daddy. Again, mama ajar Fahim baca ABC. Daddy sangat surprise bila Fahim dah pandai mengikut.

"Biar betul Fahim ni...", kata daddy.

And again, Fahim amik papan ABC dia sambil baca sambil tunjuk. Bukan tu aje, baca sikit dia tepuk tangan. Seronok sangat dapat baca, mama ngan daddy pun tepuk sama. Bila dah dua tiga kali kena tepuk tangan, mama pun dah penat. Daddy cakap biar daddy je yang tepuk, mama continue picit kaki.

Tapi, Muhammad Fahim tak puas hati. Dia still nak mama tepuk tangan jugak,. huhuhuhuhuu... this my boy. Finally, dia datang kat mama....

"Nak..."..... emmm what is that means?? Nenen time, and sleeping time.

So, mama take Fahim to bed and bersabar melayan kerenah Fahim nak tidur. Dia boleh guling sana guling sini, amik bantal baling baling.... aaarrggghhhh........... bila mama dah timing, mula la dia kena. Dia pun dah penat dan mengantuk, nangis sikit sikit.... sambil "Nak..." again....

And he is sleeping soundly finally.... Mama bacakan Al-fatihah, ayat kursi, dan 3 qul..... tiup kat ubun ubun Fahim, semoga Fahim dapat tidur lena dan jadi anak yang soleh, taat pada Mama dan Daddy. Ameen....

Good night Fahim, sleep well and sweet dream.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suatu permulaan yang baik


Alhamdulillah.... syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan kesihatan dan umur yang panjang untuk menempuhi tahun baru 2011 dengan keazaman yang baru dan segar. Semoga segala perancangan akan dapat dilaksanakan dan perjalanan hidup akan menjadi lancar.


Tahun ni aku bakal berusia 30 tahun. Apa ada pada usia, ia hanya kiraan nombor cuma bezanya bagaimana kita membawa diri kita supaya usia dapat melambangkan kematangan dalam melalui hari hari yang mendatang.

Tahun ni juga Muhammad Fahim akan berusia dua tahun. Semakin membesar, semakin banyak yang perlu diajar dan dipelajari, maka semakin banyak ragamnya yang harus aku tatapi setiap hari. Semoga aku akan terus sabar dalam mendidik dan membesarkan anakku yang seorang ini.

Tahun ni juga.... ya... tahun ini lagi..... suamiku mungkin dinaikkan pangkat... Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga, suatu permulaan di awal tahun yang baik. Kami harus bersedia pula untuk berpindah ke tempat baru, utara selatan timur barat, itu belum pasti lagi. Walau apa pun, semoga suamiku akan terus komited dalam menjalankan tugasan hariannya, semoga dia sentiasa dilindungi Allah baik dari kejahatan dan hasad dengki manusia, mahupun kesilapan diri sendiri.

Harapan aku, semoga kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa agar hidup sentiasa ceria dan bahagia. Banyak perancangan kami sehingga hujung tahun nanti. Orang kata, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Semoga Tuhan menentukan setiap perancangan kami akan menjadi kenyataan.

Sesungguhnya kita harus berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Utamakan keluarga walau di mana kita berada, dengan siapa kita bekerja..... hanya keluarga yang kita ada untuk dunia dan akhirat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS