RSS

IT'S MY BIRTHDAY!!!!!

21st September 2008
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO NURULAINI
HAPPY BIRTHDAY TO YOU....

Hari ini aku genap 27 tahun... Hari ini aku menyedari betapa pentingnya menghargai masa kerana bila kita mula lalui hari yang baru, bermakna kita telah tinggalkan satu hari atau pun hari hari semalam. Segalanya akan tinggal dalam arkib kenangan kehidupan kita. Tapi yang penting, apa yang baik harus dijadikan teladan, yang tak baik kita biarkan ia berlalu. Hidup mesti diteruskan bersama azam dan semangat yang baru. Hari ini buat pertama kalinya aku meraikan hari jadi sebagai isteri orang. Walaupun belum lagi berpeluang untuk meraikan bersama suami tercinta, aku masih mengharapkan hari jadi kali ini membawa makna yang besar dalam hidup aku. Aku ingin menjadi dewasa dalam melayari kehidupan berkeluarga, aku ingin menjadi isteri yang terbaik untuk suamiku, aku ingin menjadi mama kepada anak-anak kami, aku ingin menjadi isteri yang memahami suami. Aku juga mengharapkan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat bersama suamiku. Semoga Allah sentiasa bersama kami dan melindungi kami sepanjang perjalanan kehidupan kami.
Selamat hari jadi yang ke 27 tahun buat diriku sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Mijie said...

sayang,
selamat hari lahir yang ke 27,hubby doakan semoga sayang sentiasa dilindungi oleh Nya
semoga panjang umur