RSS

Kek Coklat Moist Cinta

Bahan-bahannya:
2 cawan mentega

2 cawan gula halus

2 cawan tepung kek
1 sudu besar esen vanilla

6 biji telur


(dimasak dengan api sederhana)

1 1/2 cawan gula

1 cawan air

1 cawan serbuk koko


Bahan fudge coklat:

50gm serbuk koko
125ml air

1 cawan susu cair
200gm gula

1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh esen vanilla
2 biji kuning telur
60gm tepung jagung
60gm mentega


Cara membuatnya kek:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu hingga habis. Kemudian bila kembang dan naik masukkan esen vanilla
3. Diikuti dengan tepung dan dipukul lagi

4. Akhir sekali masukkan koko yang sudah disejukkan tadi ke dalam adunan tepung
5. Gunakan acuan 10 x 10 inci. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 1 jam mengikut suhu ketuhar masing-masing.

Cara membuat fudge coklat:
6. Satukan semua bahan kecuali mentega ke dalam bekas, masak di atas api. Kacau sehingga sebati, kemudian padamkan api. Selepas itu baru masukkan mentega dan kacau sehingga sebati. Sapukan fudge coklat di atas kek, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Ini bagi mengelakkan kek daripada susah dipotong.

Selamat mencuba. Pasti mendapat pujian daripada suami tercinta, seperti saya.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: