Alhamdulillah.... syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan kesihatan dan umur yang panjang untuk menempuhi tahun baru 2011 dengan keazaman yang baru dan segar. Semoga segala perancangan akan dapat dilaksanakan dan perjalanan hidup akan menjadi lancar.
Tahun ni aku bakal berusia 30 tahun. Apa ada pada usia, ia hanya kiraan nombor cuma bezanya bagaimana kita membawa diri kita supaya usia dapat melambangkan kematangan dalam melalui hari hari yang mendatang.
Tahun ni juga Muhammad Fahim akan berusia dua tahun. Semakin membesar, semakin banyak yang perlu diajar dan dipelajari, maka semakin banyak ragamnya yang harus aku tatapi setiap hari. Semoga aku akan terus sabar dalam mendidik dan membesarkan anakku yang seorang ini.
Tahun ni juga.... ya... tahun ini lagi..... suamiku mungkin dinaikkan pangkat... Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga, suatu permulaan di awal tahun yang baik. Kami harus bersedia pula untuk berpindah ke tempat baru, utara selatan timur barat, itu belum pasti lagi. Walau apa pun, semoga suamiku akan terus komited dalam menjalankan tugasan hariannya, semoga dia sentiasa dilindungi Allah baik dari kejahatan dan hasad dengki manusia, mahupun kesilapan diri sendiri.
Harapan aku, semoga kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa agar hidup sentiasa ceria dan bahagia. Banyak perancangan kami sehingga hujung tahun nanti. Orang kata, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Semoga Tuhan menentukan setiap perancangan kami akan menjadi kenyataan.
Sesungguhnya kita harus berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Utamakan keluarga walau di mana kita berada, dengan siapa kita bekerja..... hanya keluarga yang kita ada untuk dunia dan akhirat.
2 comments:
entri yang baik, semoga apa yang kita impikan semuanya akan termakbul oleh NYA
thanks honey
sama sama kasih
Post a Comment